Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi
Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi

Perfileman tanah air dibentuk secara rasmi pada tahun 1980 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Filem kebiasaannya menjana pendapatan daripada beberapa aliran hasil, termasuk pameran teater, cakera padat, penyiaran televisyen dan barangan dagangan. Walau bagaimanapun, pendapatan box-office filem ialah metrik utama untuk penerbitan perdagangan dalam menilai kejayaan sesebuah filem, kebanyakannya kerana ketersediaan data berbanding angka jualan daripada cakera padat dan hak penyiaran televisyen. Di dalam senarai ini ialah carta penerima filem yang mempunyai kutipan tertinggi mengikut tahun kalendar dan garis masa yang menunjukkan peralihan rekod filem dengan kutipan tertinggi serta siri filem dengan kutipan tertinggi. Semua carta disenaraikan mengikut prestasi box-office panggung wayang di seluruh Malaysia. Kutipan yang ditulis adalah tidak termasuk daripada penjualan cakera padat dan penyiaran televisyen iaitu melalui Astro First.Secara tradisinya, filem perang, komedi dan seram telah menjadi genre yang paling popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia, kebiasaanya filem francais telah menjadi dominasi filem yang paling laris di abad ke-21. Francais bagi siri filem Munafik telah mencatatkan penerima kutipan tertinggi siri filem dan filem Malaysia setakat ini, dimana filem Munafik 2 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan tertinggi serta filem Munafik yang pertama juga turut memegang filem Malaysia yang ke-12 yang mempunyai kutipan tertinggi, kedua-dua buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM 67,040,000. Turut diikuti oleh francais siri filem Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah, kedua-dua francais siri filem ini adalah arahan Mamat Khalid dan mencatatkan kutipan sebanyak RM 48,210,000—serta-merta telah menjadikan Mamat Khalid merupakan sutradara Malaysia yang kedua (selepas Syamsul Yusof) yang filem arahannya mempunyai kutipan tertinggi.Setakat ini, Syamsul Yusof adalah pengarah yang mendominasi industri filem tempatan daripada aspek kutipan filem tertinggi. Pada tahun 2022, Syamsul telah mempunyai 11 filem arahannya di mana filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) yang menerima kutipan sebanyak RM 4.5 juta turut diikuti oleh filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009, RM 4.2 juta), Evolusi KL Drift 2 (2010, RM 5.5 juta), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011, RM 8.5 juta), KL Gangster (2011, RM 11.74 juta), Aku Bukan Tomboy (2011, RM 2.2 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012, RM 4.98 juta), KL Gangster 2 (2013, RM 4.96 juta), Munafik (2016, RM19.04 juta), Munafik 2 (2018, RM 48 juta) dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022, RM 97 juta) telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia paling laris.

Rujukan

WikiPedia: Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi https://aksiz.com/201933342/ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mat-kila... https://ohbulan.com/air-force-the-movie-selagi-ber... https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2018/11/... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/12/405791/kejay... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/09... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/07... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/09/51... https://www.sinarharian.com.my/article/168599/EDIS... https://www.xtra.com.my/hiburan/raih-30-juta-ejen-...